Salam Takziah Kepada Keluarga Dan Sahabat Almarhumah Ukhti

SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA DAN SAHABAT ALMARHUMAH UKHTI NIK KHATIJAH BT NIK MUD

Seluruh warga Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam (TERATAI) menyambut Hari Wanita Sedunia 2021 dengan kesedihan di atas pemergian ke rahmatullah Bendahari TERATAI, Almarhumah Nik Khatijah Binti Nik Mud. TERATAI mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Almarhumah dan sahabat handai.

Almarhumah merupakan aktivis TERATAI dan telah bersama-sama dari awal penubuhan TERATAI.

Semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah dia, lindungilah dia dan maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkan kuburnya, masuklah dia dalam kalangan ahli syurga dan berilah perlindungan dan kesabaran kepada ahli keluarganya.

Amin ya Rabbal โ€˜alamin.


About Us

  • Teratai

    ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ต๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐—ช๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ ๐ŸŒท Memperkasa mangsa keganasan rumahtangga ๐ŸŒท Rumah perlindungan ๐ŸŒท Perkhidmatan psikologi dan guaman ๐ŸŒท Membantu untuk berdikari