*[infaq Ramadhan]*

*[INFAQ RAMADHAN]*
_Walau Hanya Setengah Biji Kurma_

Saat berbuka dengan kurma, sepertinya, memutar semula sabda Nabi SAW; jagalah diri kalian dari api neraka, meskipun hanya dengan sedekah setengah biji kurma. Barangsiapa yang tidak mendapatkannya, maka ucapkanlah perkataan yang baik.

Daripada hadis itu, kita belajar bahawa tidak ada satu sedekah pun yang tidak dipandang Allah walau hanya sedekah setengah biji kurma. Bahkan pada amal-amal ringan yang sering dianggap remeh oleh sebahagian manusia seperti mengucapkan kata-kata yang baik.

Dan terlebih sering, dalam sedekah, kita terdidik oleh rasa malu pada Pencipta saat menyedari betapa pemurahnya Allah memberikan segala, tetapi yang diinfakkan hanyalah yang selebihnya.

Justeru, marilah kita saling berlumba-lumba dalam perbuatan kebajikan selagi masih diberi kesempatan untuk beramal di dunia ini, khususnya pada bulan Ramadan ini. Jangan malu-malu untuk bersedekah.

Sumbangan boleh disalurkan di ⬇️
https://www.billplz.com/DanaTeratai

#hentikankeganasanrumahtangga
#stopdomesticviolence
#terataiuntukummah
#SahamAkhirat


About Us

  • Teratai

    𝗧𝗲𝗿𝗮𝘁𝗮𝗸 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗵 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 🌷 Memperkasa mangsa keganasan rumahtangga 🌷 Rumah perlindungan 🌷 Perkhidmatan psikologi dan guaman 🌷 Membantu untuk berdikari