Berikan Mereka Peluang Kedua

BERIKAN MEREKA PELUANG KEDUA

Dua minggu yang lalu dalam kesibukan menyiapkan kertas kerja untuk pembentangan, hati sangat sayu dan terusik apabila melihat serta mengkaji profil kes-kes yang pernah diuruskan oleh TERATAI.

"Saya melihat ke dalam mata anak perempuan saya. Saya tahu dia menyaksikan dan merasai semuanya. Saya rasa sangat bersalah pada dia tapi saya tak mampu nak buat apa-apa."

"Saya menjerit2 merayu kepada dia supaya berhenti memukul. Saya tepis tangan dia, tapi dia tolak saya balik sehingga saya terjatuh dan berdarah."

"Anak saya tak mahu ke sekolah kerana takut ayahnya buat apa-apa pada saya masa dia takde. Macam mana saya nak hentikan semua ni??

"Berdosa ke saya puan, ceritakan semua ni pada puan? Saya tak nak buka aib suami saya tapi saya dah tak boleh tahan puan. Hari-hari dia menjerit, memaki saya dan memanggil saya beruk. Macam-macam lagi puan"

***
Jauh lagi perjuangan ini. Perjuangan untuk membantu memberikan kehidupan yang lebih selamat dan baik untuk mangsa-mangsa ini.

Perjuangan untuk menyedarkan masyarakat tentang isu keganasan rumah tangga. Ini bukan masalah keluarga mereka sahaja, ini adalah satu masalah sosial.

Sokonglah kami. Bantulah kami.

Sokongan anda akan membolehkan kami terus memberikan perkhidmatan yang amat diperlukan supaya tidak ada sesiapa yang perlu mengharungi keganasan rumah tangga seorang diri.

Hulurkanlah sumbangan/ infaq anda hari ini dan bantulah kami membantu lebih ramai wanita serta kanak-kanak yang sedang hidup dalam ketakutan di rumah-rumah mereka sendiri.

Give them hope and a second chance.

Sila klik link ini untuk menyumbang:

https://www.billplz.com/DanaTeratai
https://www.billplz.com/DanaTeratai