Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2021

HARI PENCEGAHAN BUNUH DIRI SEDUNIA 2021

Pusat Registri Bunuh Diri Kebangsaan (NSRM-National Suicide Registry Malaysia) mendapati, di antara tahun 2007 hingga 2009, lelaki lebih ramai terlibat dengan kes bunuh diri berbanding wanita. Data ini juga disokong oleh dapatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke atas Malaysia sejak dua dekad yang lalu dan ia konsisten dengan statistik bunuh diri di peringkat global.

Namun begitu, akhir-akhir ini situasi di Malaysia kelihatan semakin berubah. Bukan sahaja kadar bunuh diri secara keseluruhannya meningkat, tetapi lebih ramai wanita yang mati akibat membunuh diri. Stigma yang tebal dalam kalangan masyarakat tentang situasi yang melibatkan bunuh diri juga mungkin menyebabkan kes bunuh diri yang dilaporkan adalah lebih rendah daripada data sebenar dan tidak menggambarkan realiti dalam masyarakat.

Antara faktor yang menyumbang kepada kenaikan ini sepanjang tempoh pandemik adalah :
???? Wanita lebih terkesan dengan jarak psikologikal, maka mungkin mewujudkan lebih rasa sunyi dan terasing, serta mengalami kualiti tidur dan motivasi yang rendah.
???? Kehilangan pekerjaan kerana pandemik dan kehilangan punca pendapatan untuk menanggung keluarga.
???? Agihan yang tidak seimbang dalam penjagaan ahli keluarga, anak-anak yang melalui PdPR dan pengurusan kerja rumah ke atas wanita boleh menyebabkan kemurungan dan tahap keresahan yang meningkat.
???? Wanita menghadapi risiko lebih tinggi menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan serangan seksual. Jenayah ini juga semakin meningkat bilangan kesnya sejak perintah kawalan pergerakan pertama dilaksanakan tahun lepas.

Faktor-faktor ini boleh menyebabkan wanita lebih terdedah kepada masalah kesihatan mental yang menyumbang kepada risiko bunuh diri yang lebih tinggi.

Oleh itu, usaha-usaha untuk membantu ahli masyarakat yang terkesan terutamanya wanita perlu ditingkatkan. TERATAI turut menyediakan hotline kepada sesiapa yang memerlukan bantuan sokongan psikososial terutamanya kepada mangsa keganasan rumah tangga.

Hubungi kami di talian 011 - 5769 5171 atau isi borang temujanji di https://bit.ly/HotlineTERATAI

"Creating hope through action"

#WorldSuicidePreventionDay
#terataiuntukummah