Pertubuhan Kesihatan Sedunia (who) Telah Memilih 10 Oktober

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memilih 10 Oktober setiap tahun sebagai mengingati Hari Kesihatan Mental Sedunia. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Pertubuhan Kemasyarakatan (CSO) juga turut memainkan peranan masing-masing dalam memberi kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental.

Dalam situasi pandemik yang memberi dampak kepada pelbagai segmen masyarakat khususnya kepada golongan rentan seperti wanita yang menjadi mangsa kepada keganasan rumah tangga, mereka yang kehilangan sumber pendapatan, kanak-kanak dan sebagainya, semua pihak seharusnya bekerjasama dalam mendukung mereka yang terkesan dengan masalah mental termasuklah mereka yang berjuang di barisan hadapan.

Ambil peduli tentang golongan yang terdedah kepada masalah kesihatan mental dan stigma berkaitan isu ini harus ditangani sebaiknya. Bersamalah kita tingkatkan semangat kebersamaan dalam mendukung antara satu sama lain dalam mendepani suasana krisis hari ini.

Dengan tema yang diangkat tahun ini, "Menuju Kesaksamaan Kesihatan Mental", selamat menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia 2021.

#WorldMentalHealthDay2021
#HariKesihatanMentalSedunia2021
#terataiuntukummah