[hari Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita]

[HARI PENGHAPUSAN KEGANASAN TERHADAP WANITA]

Statistik keganasan terhadap wanita semakin meningkat saban hari bahkan turut berlaku dalam lingkungan ahli keluarga, kenalan, rakan sekerja dan kejiranan kita.

Maka, sempena Hari Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita yang jatuh pada hari ini, orang ramai harus memahami bahawa membanteras keganasan terhadap wanita ini bukanlah suatu tugas mudah walaupun suara-suara yang memperjuangan hak-hak wanita telah lama dikumandangkan dalam masyarakat.

Hakikatnya, semua pihak diseru untuk saling berganding bahu dan bekerjasama. Masalah ini tidak dapat diselesaikan secara retorik sahaja. Tindakan sebenar diperlukan. Penguatkuasaan undang-undang, penyediaan bantuan dan perkhidmatan kepada mangsa secara sistematik dan berkesan, penyelarasan gerak kerja antara institusi-institusi berkaitan dan banyak lagi.

Selain itu, masyarakat juga harus berperanan. Ancaman keganasan boleh berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Atas sebab itu, penting untuk kita memahami bentuk keganasan itu sendiri dengan mendidik diri sendiri agar lebih berwaspada dan mengetahui batasan dalam bertingkah laku dalam masyarakat. Ibu bapa dan guru juga memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak agar tidak terjerumus ke dalam keganasan sama ada sebagai pelaku atau mangsa. Mereka perlu memahami konsep perhubungan yang betul dan sihat.

Justeru, marilah kita membuat suatu perubahan. Hentikan keganasan terhadap sesiapa pun. Ingatlah bahawa setiap manusia diciptakan berharga dan perlu dijaga. Mari kita meningkatkan kesedaran serta mendidik diri dan masyarakat supaya hal ini dapat dihentikan.

#terataiuntukummah #HariPenghapusanKeganasanTerhadapWanita