[projek Infaq Ramadan]

[PROJEK INFAQ RAMADAN]
Tabung Pembelaan Wanita dan Kanak-kanak TERATAI

Tidak terasa Ramadan telah memasuki 10 malam yang terakhir. Menjelang hari-hari terakhir Ramadan, Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk memperbanyak amalan-amalan soleh. Selain qiamullail dan tilawah Al-Quran, amalan sedekah dan infaq juga menjadi ladang pahala berlipat kali ganda untuk kita.

Maka, sementara Ramadan masih berbaki kurang seminggu ini, TERATAI membuka peluang dan ruang kepada sesiapa sahaja untuk menyumbang kepada Projek Infaq Ramadan TERATAI dalam usaha menyokong misi TERATAI untuk:

❤️ Meluaskan usaha advokasi dan kesedaran kepada masyarakat
❤️ Memberikan perlindungan, khidmat kaunseling dan nasihat guaman kepada mangsa

Seramai 58 orang/keluarga telah dapat kami bantu pada tahun 2021, marilah bersama kami memberikan harapan kepada lebih ramai mangsa keganasan rumah tangga.

TERATAI ialah sebuah NGO yang berdaftar dengan Registration of Societies of Malaysia (ROS).

Salurkan sumbangan anda ke: https://www.billplz.com/DanaTeratai

Semoga Allah memberkati segala sumbangan infaq daripada anda dan dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah pada malam-malam akhir Ramadan ini.

#Ramadanhero
#terataiuntukummah
#hentikanKRT
#semarakramadhan
#sahamakhirat


About Us

  • Teratai

    𝗧𝗲𝗿𝗮𝘁𝗮𝗸 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝗵 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 🌷 Memperkasa mangsa keganasan rumahtangga 🌷 Rumah perlindungan 🌷 Perkhidmatan psikologi dan guaman 🌷 Membantu untuk berdikari